Sunday, October 10, 2010

Meh Baca Cerita Aku

Ramai lak manusia jadi follower aku nih...haha. Blog ni nama blog kantoi. Mana sama dengan blog Fida Aishah ker, Ariff Shah ker, Izulman ker, Amir Said ker (lepas ni korang belanja mkn kepsi sebab aku tolong sebut korang, kasi promo..ekekeke)

Hari ni hari aku exam. Benci tul. Exam student engineering ni korang jangan tanya aku, aku jawab 20 minit pas tu aku tido. Habis exam, Mr Jacob Abdullah  aka ayah aku telefon tanya. Aku steady ajer jawap, " Sure sure, I can do it all." hahaha. Dah memang aku boleh jawab pun. Ada aku kata jawapan aku betul? kantoi ko Qamar...issh.

Mama aku call tanya, " Mar makan kat sana tengok sama, mama nak Mar jaga takut ayam tak sembelih...bla bla bla." Aku jawab..." ok  Mama, sini Mar banyak vegetarian tau..huhu.."

Padahal aku baru lepas makan ayam goreng yummy. Ala, bohong sunat. Aku tau aa mana nak cari tempat halal bagai sini. Mama aku kalau aku layan dia kata tak tau la, itu lah inilah...mau beribu bil telefon. Jadi nak memudahcara aku matikan ayat dia cakap macam tu aje. Senangkan?

Tulah aku sepatutnya jadi peguam lama dulu...haha. Gila ker apa ko ni Qamar.

Laparlah pulak ...korang tau tak, tua-tua aku ni banyak dah koleksi Barbie Doll aku simpan. Saja nak gatal buat koleksi. Kalau aku ada anak pun aku tak akan bagi kat dia, suruh dia beli sendiri macam aku. ekekeke.
Esok lusa nak pergi Sydney...woooo gayat. Nak melaram pakai kasut dan baju baru beli...haha. Tengok aje nanti eek. Nih nak letak gambar glemer aku nih...haha...bye-bye.

Nak cakap bye bye and I love you aci tak? hahah...ok lah macam mana aku nak love korang. Tulah kalau korang Add Maths masa SPM dapat A1 aku love korang...smart boyfriend is for the smart future. isssh. ok chow.

Tuesday, October 5, 2010

kau apa cerita

Lama la tak menulis. Penat la, penat tido dgn makan...haha. wink2.

Aku hari ni ada jamuan raya kat rumah student Malaysia sini, semalam hari cuti public...tapi aku ada gak kelas photoshoot. Jangan tanya aku sebabnya. Mama telefon kata kalau aku fail atau repeat paper lagi dia suruh aku kawin. Aku ketawa besar sebab aku memang malas study, tapi huhu aku mana nak kawin. ala umur 30 baru nak kawin. Bukan expire pun. Betul tak?

Aku ada terjumpa seorang mamat ni, aku tak kenal pun. Kawan aku la gegatal cakap; mamat ni blogger femes kat alam maya ni. aku tgk muka..ok lah. Kat tangan aku ada hp, aku pun snap snap lah gambar mana patut nak usha jer dari jauh...ala lepas tu pot pet pot pet la tanya mcm mcm kat FB. Ah malu la pulak. Terus delete nama dia dalam fb...waaaaaa.

Papa aku kata nak datang sini hujung tahun. Ah, banyak la pulak soal jwb nanti. papa aku nama Jacob Abdullah. Macam nama biskut la...huhu. Misi nak cari boifren tak tercapai lagi, manalah si Orlando Bloom ni tak datang datang. Issh. Mahu aku melompat macam kera kalau terjumpa, minat gila ...siul.

eeh malas la tulis banyak-banyak, buek perabih boreh ajo....poe dulu.